Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, December 30, 2010

Andai itu takdirnya (PPS)


Sudah lebih setahun aku mendirikan rumahtangga, tetapi belum ada peluang lagi untuk punya cahaya mata sendiri. Rakan2 seangkatan semuanya dah ada anak sendiri. Hatiku mungkin mampu kupujuk, tapi hati suamiku?


Semalam aku berguling-guling lagi. Tak tahan rasenyer sakit period pain nie. Kalau setiap bulan macam nie...mahunye aku kena MC setiap bulan. Kata orang, sebab period pain inilah aku sukar untuk mengandung....

Ibu mertuaku sudah mula bersuara....maklumlah, birasku (isteri kpd adik iparku) kini sedang mengandung 5 bulan, sedangkan sebenarnya tarikh nikah kami hanya beza seminggu sahaja.

Adakalanya hati kecilku menangis mengenangkan sikap ibu mertua & nasibku...Ya ALLAH, aku mohon padamu agar kau tabahkan hatiku dan suamiku menerima ujianMu ini, Amin.

Suatu hari, aku dan Mr. Hubby mengambil keputusan untuk menjalani ujian kesuburan untuk mengatasi masalah kami ini...Aku kira, aku dan Mr. Hubby cukup tabah untuk mendengar dan mengetahui keputusan yang bakal kami dengar nanti.

Aku dan Mr. Hubby memilih sebuah klinik kerajaaan untuk menjalani rawatan. Aku dan Mr. Hubby bertemu dengan seorang doktor untuk mendengar sedikit penerangan mengenai rawatan yang perlu kami lakukan. Menurut doktor, aku perlu menjalani ujian darah berdasarkan history period pain aku yang agak teruk. Manakal Mr. Hubby, hanya perlu menjalani rawatan sekiranya aku tidak bermasalah.

Sebulan berlalu...aku menerima panggilan dari klinik tersebut untuk berjumpa doktor bagi melihat keputusan darah tempoh hari. Hatiku berdebar-debar. Aku & Mr. Hubby pergi ke klinik tersebuat pada keesokan harinya.

"Doktor, bagaimana keputusan darah saya", tanyaku.

"Mmmm, begini puan. Keputusan darah puan menunjukkan puan.........menghidap Hypertyroid."

"Apa kaitannya dengan kesuburan saya doktor?".

"Puan tidak boleh mengandung".

Ya Allah, padaMu aku berserah.....andai itu takdirnya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


hari nie sekadar buat blog walking...pastu baca komen2...dan terbaca komen Hanim...dia ajak join contest ini...thanks Hanim..


Nak ajak sape yek masuk contest nie....jom buat karangan Hafiz dan Syira

(nak join? klik kat banner nie)



6 comments:

  1. salam

    syira datang jenguk tq tag syira insyallah syira akan usahakan buat yea :D

    ReplyDelete
  2. sabarlah. Allah itu tidak menguji jika tahu kita tak tahan diuji. =)

    ReplyDelete
  3. Semoga akan ada keajaiban berlaku...Allah pasti akan tunaikan permintaan hambanya... cuma lambat or cepat sahaja... sabar erk...

    ReplyDelete
  4. Selepas Hujan renyai, insyaAllah ada pelangi mengganti..Bersabarlah :)

    ReplyDelete
  5. sedey pula baca kisah u.. moga allah berikan cahaya keajaipan tuk kalian berdua..insyaallahh

    ReplyDelete
  6. andai itu takdirNya...redhalah dengan ketentuanNya..sebab pasti ada sesuatu yang terbaik menanti korg..insya-allah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...