Followers

Friday, April 20, 2012

I.U.I. (intra uterine insemination)

Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)

Rawatan secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur. Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).


Cara menjalani IUI

  1. Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 2 biji sehari, selama 5 hari.
  2. Mula ujian kencing pagi untuk mengesan waktu subur (penetasan telur) pada hari ke-10. Gunakan ‘Clearplan’ atau lainnya. Apabila garis ujian sama warna seperti ‘kontrol’, ujian dianggap positif dan telur dijangka menetas 24-48 jam kemudian.
  3. Satu lagi kaedah untuk mengesan ovulation atau penetasan telor ialah dengan membuat ujian 'vaginal ultrasound' scanning, mulai hari ke-11 atau ke-12. Ujian ultrasound dilakukan untuk mengesan beberapa telor dan untuk mengukur besarnya karong telur tersebut. Biasanya bila ia telah mencapai ukuran 20 atau 22 mm diameter, telur akan menetas keesokan harinya atau lusa.
  4. Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.
  5. Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim.
  6. Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.

Rawatan cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.


Kredit utk www.hamidarshat.com


~~~~~~~~~~

nape letak maklumat nie?

huhuhu

aku nk buat IUI nie...

setelah sekian lama menanti...

moga urusan ini dipermudahkan...

moga aku boleh melihat senyum bahagia di wajah mr. hubby...

moga rumahku xkn sunyi lg...

dipenuhi dengan tangisan, gelak tawa zuriat kami...



4 comments:

  1. Moga berhasil puan...wish gud luck to both of u... :))

    ReplyDelete
  2. gud lak. hopefully ceria n berseri2 nanti. . .

    ReplyDelete
  3. good luck & semoga Allaah S.W.T permudahkan urusan & makbulkan doa2 mu :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih utk setiap ucapan dan doa....moga urusan akan berjalan lancar....amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...