Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, September 30, 2020

Semusim Rindu

Kusisip gambar itu

Saat rindu datang

Kutatap wajah itu

Tak mampu kudakap

Tiada lagi bicara

Hanya lisan bisu

Meluah di angin lalu

Kupinjam kekuatanmu

Kugenggam kasih sayangmu

Menjadi teman

Menempuh hari mendatang




Monday, July 13, 2020

Jenis-jenis Air Dalam Islam


Terdapat 5 jenis air iaitu :
AIR MUTLAK
Sifatnya adalah suci lagi menyucika. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun
AIR MUQAYYAT
Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, ar buah-buahan dan sebagainya.
AIR MUTANNAJJIS
Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
  • Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit.
  • Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah (lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan.

AIR MUSYAMMAS
Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian
AIR MUSTAGHMAL
Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...