Followers

Wednesday, September 7, 2011

Kasih: BAB 1

"Kring, kring!!!!!!!! Loceng tamat waktu sekolah berbunyi. Aku mengatur langkah pulang ke rumah. Di pintu pagar, Shaz, Eiza, Ira, Roy & As menanti penuh kesetiaan. Sebagai ketua kumpulan, aku memang dihormati & disayangi. Entah apa yang aku miliki sehingga mereka benar-benar menyayangi diriku pun aku tidak tahu. Tahun ini merupakan tahun terakhir kami bersama. Kemudian masing-masing akan membawa diri.

"Hoi, Eriy! Cepatlah, dah lambat ni", sapa Eiza.
"Ha ah! Dah pukul 1.15. Kau tak pergi tuisyen ke?" tanya Roy.
"Sekejap, aku tengah fikir macam mana nak lulus SPM ni".
"Alamak, itu yang difikirkannya", kata As.
"Eriy, kau tak ingat ke motto kumpulan kita?", tanya Ira.
"Ialah,'Belajar biar lepak, result biar gempak' ", jawab Roy.
"Korang bolehlah, tapi aku ni....takde couple mana boleh".
"Alah, nanti jelah cari", kata As menenangkan aku.

Kemudian masing-masing senyap dan membawa diri pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...