Followers

Thursday, November 7, 2013

Kursus Penyelidikan Kualitatif - N'Vivo

ini la keje bila student xde....
xtiviti menambah ilmu...

terima kasih utk semua yg membantu...
bila dah tambah usia, aku susah nk jd pelajar yg sentiasa menumpukn perhatian...
hihihi

ilmu yg sgt berguna
rase mcm nk sambung belajar lg aje...
doakan impian yg satu ini tercapai 1 hari nnti...



Tuesday, October 22, 2013

3 HAL

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali:
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg:
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam 

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang:
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran


 Ada 3 Hal yg paling berharga:
1. Kasih Sayang 
2. Cinta 
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti:
1. Kekayaan  
2. Kejayaan 
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg:
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses:
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus



 Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu:
1. Rezeki 
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI:
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian

Tuesday, June 4, 2013

Abah, Adik Nak Kahwin!: Aireen Erina


Sinopsis

RAMAI kawannya sudah berkahwin. Dia juga teringin ada suami! Farhana, anak bongsu yang celupar dan keras kepala ini kemudian terdesak memilih lelaki yang baru putus tunang sebagai suami. Apa cerita?

Alif lebih penyabar berbanding Farhana. Mereka tinggal serumah, tetapi tidak sebilik. Perangai Farhana yang ‘angin kus-kus’ sering timbulkan sengketa. Empat bulan si suami gigit jari, baru dapat tidur sekatil. Itupun dengan janji pinjaman peribadi RM50 ribu. Amboi…

Rumah tangga yang baru bahagia, mula bergoncang bila Salwani muncul. Bekas tunang Alif ini, rupa-rupanya isteri Jay Hezmi, lelaki kasanova di Facebook yang suka pukul bini. Lebih mengejutkan Alif, Farhana juga sedang dijerat oleh lelaki yang sama. Nasib baik isterinya tak lut dengan godaan palsu.

Mereka berkomplot membantu Salwani bercerai dengan Jay Hezmi. Kerja gila ini akhirnya berjaya. Namun hati Farhana terluka bila Salwani belot dan mahu jadi isteri kedua. Farhana angkat kaki mengundur diri. Namun kerinduan membunuh egonya. Dia tidak bersedia melepaskan Alif pergi. Dia mahu jadi intan payung di hati suaminya seorang.


~~~~~~~~

ceritanya santai dan bersahaja...
bab 1 saje sudah mencuit hati...
penceritaannya dekat di hati kita...
lebih realiti...
bukan drama...

JANGAN LUPA BELI...
WAJIB DIMILIKI...

Monday, May 13, 2013

Family Vacation @ Kota Kinabalu

salam..
lama xtulis n3...
terlalu banyak benda nak dibuat
separuh tahun pertama yg amat sibuk...

oklah....terus kepada tajuk utama
pada 9 mei -11 mei 2013 yg lepas...
aku & family telah berjalan2 ke KK...
dah lama kami merancang nk bercuti 1 family...
asyik ada halangan aje...
Alhamdulillah, percutian kali ini berjaya dilaksanakan,
walau tidak cukup bilangan...adik ipar ke 2 xdpt pergi...
tuntutan kerjaya...terpaksala isterinya pergi sendirian...

7 dewasa 1 kanak2....
happening...walau terpaksa meredah hujan...
klu yg perginya ada wanita, xtvt shopping...confirm ada
kami shopping kat Kg. Air n Pasar Filipine...

sepanjang di sana kami...
kami sewa nissan urvan utk memudahkan pergerakan...
nie no contactnyer: 
penginapan?
kami sewa homestay di putatan...
selesa...cuma jauh sikit dr bandar KK...
tp mudah nak cari kedai makan...

jalan-jalan ke mana aje?
sempat sampai ke:
Kinabalu Park
Desa Cattle
Rumah Terbalik Tamparuli
Pulau Manukan

ENJOY THE PIC'





Friday, February 8, 2013

OST Setia Hujung Nyawa

Maafkan Aku


(verse 1)

dan apa
yang kau mau kan dari ku
telah lamaku kata
yang kucinta sepenuh hatiku

(verse 2)

haruskah aku menunggu cinta mu
dan pabila ku sedari
kaulah yang pertama...ku cintai

(chorus)

(1)
maafkanlah diri ini
jika takdir menjemputku dahulu
hanya saat ini yang dapat menemanimu

(2) 
dengarkanlah sekali lagi
jika kau tak percaya pada diriku
bilaku berkata,
I said I love youu..

repeat verse 1 & 2
chorus
solo

chorus 1 (slow part)
2 (normal balik)


Wednesday, January 30, 2013

Dynamic Group dalam akhbar Berita Harian

Nehemiah Design Competition 2012


more picture about the competition...
click HERE

Tuesday, January 29, 2013

Hypothyroidism



Apakah Hypothyroidism?

Hypothyroidism adalah keadaan kekurangan hormon tiroid dalam badan. Ini selalunya berlaku disebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid (primary hypothyroidism). Kadangkala hypothyroidism berpunca dari kegagalan fungsi pituitary (secondary or central hypothyroidism) yang mengeluarkan isyarat kepada kelenjar tiroid untuk membentuk dan mengeluarkan hormon tiroid.

Penyakit autoimun jenis "Hashimoto's thyroiditis" adalah punca utama  hypothyroidism yang mana sistem pertahanan badan mengeluarkan antibodi terhadap terhadap kelenjar tiroid. pembedahan tiroid serta rawatan  radioiodine boleh menyebabkan hypothyroidism. Kekurangan iodin juga boleh menyebabkan hypothyroidism

Friday, January 18, 2013

TRAVELOG SINGAPURA 2


he is my hubby

untuk perjalanan hari ke 2 nie...
kami hanya menggunakan public transport...
parking kereta kat City Square, JB...
jln kaki ke CIQ, JB...
naik bas Causeway Link 1 ke S'pura...RM2.50
sampai kat stesen bas s'pura, naik teksi ke Marina Bay...

he is my bestfriend




dari marina bay...jln kaki ke MRT...
sempat bergambar sepanjang perjalanan....
naik MRT nak ke mana?
ORCHARD ROAD
SHOPPING!!!!!!!!

 pintu masuk ke MRT stesen


                                     
                                   
                                      

shopping apa kat orchard road?
beli cenderahati utk family n kawan opis.....
beli tshirt, fridge magnet, key chain, mug, beg
utk kami?
parfurm.....suka2

lps shopping, kami naik bas dua tingkat pergi arab street, 
makan time...
makan nasi beriani n mertabak singapore kat restoran zam-zam
lepas makan, kami terus g solat kat masjid sultan...



 masjid sultan

arab street

Istana Kampong Gelam

di halaman istana istana


selesai solat n bergambar kat istana...
kami sambung perjalanan ngan berjalan kaki saja...
jalan-jalan cuci mata...
masuk shoping compleks
g bugis street...

bila kaki dah penat,
kaki pun menghala ke stesen bas pagi td
JOM BALIK...

Selamat tinggal kota singa...
panjang umur kami datang lg...


Thursday, January 3, 2013

TRAVELOG SINGAPURA 1

happy 7th anniversary for my wedding...
wah! wah! wah!
pejam celik pejam celik 
dah 7 tahun aku kawin...
rase mcm semlm br diijab kabul....

terima kasih atas segala-galanya Mr. Hubby...
Abang sentiasa di sisi walau dlm susah, senang, sakit dan sihatku....

kat mana celebrate anniversary?
USS, KOTA SINGA...
seronoknyer....
dpt keluar negara n jln2 negara orang....
teringin sangat nak g USS...akhirnya sampai jugak...

aku g USS guna bas travel agensi...
tido kat Tune Hotel, Danga Bay, JB

kenapa xg sendiri USS?
senang bila guna travel agensi
tiket dah ada...pengangkutan dari pintu ke pintu...
klu beli tiket bila sampai USS....
barisannyer mcm org buat berbarisan hari merdeka....
lenguh kaki...

nape tido kat tune hotel?
malam kami leh g Danga Bay
hotel pun murah dan selesa...
kata kawan...nie hotel topup...
nak apa minta, pastu baru di cas....
xdelah membazir byr mahal tp xdigunakan...
lagipun kami sehari g USS...
gerak kul 7.30 pagi sampai kat hotel lebih kurang kul 9.00 mlm


g ramai2 ngan opismate Mr. Hubby...


kami di depan Universal Studio



    


wajah-wajahku di hari ulangtahun perkahwinan kami...
mana Mr. Hubby?
hehehe
jadi cameraman.....

sebenarnya, kami 2 hari di kota singa...tp bermlm di JB...
cerita hari ke 2?
jumpa kat next n3... 


bersama kungfu panda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...