Followers

Thursday, December 30, 2010

Andai itu takdirnya (PPS)


Sudah lebih setahun aku mendirikan rumahtangga, tetapi belum ada peluang lagi untuk punya cahaya mata sendiri. Rakan2 seangkatan semuanya dah ada anak sendiri. Hatiku mungkin mampu kupujuk, tapi hati suamiku?


Semalam aku berguling-guling lagi. Tak tahan rasenyer sakit period pain nie. Kalau setiap bulan macam nie...mahunye aku kena MC setiap bulan. Kata orang, sebab period pain inilah aku sukar untuk mengandung....

Ibu mertuaku sudah mula bersuara....maklumlah, birasku (isteri kpd adik iparku) kini sedang mengandung 5 bulan, sedangkan sebenarnya tarikh nikah kami hanya beza seminggu sahaja.

Adakalanya hati kecilku menangis mengenangkan sikap ibu mertua & nasibku...Ya ALLAH, aku mohon padamu agar kau tabahkan hatiku dan suamiku menerima ujianMu ini, Amin.

Suatu hari, aku dan Mr. Hubby mengambil keputusan untuk menjalani ujian kesuburan untuk mengatasi masalah kami ini...Aku kira, aku dan Mr. Hubby cukup tabah untuk mendengar dan mengetahui keputusan yang bakal kami dengar nanti.

Aku dan Mr. Hubby memilih sebuah klinik kerajaaan untuk menjalani rawatan. Aku dan Mr. Hubby bertemu dengan seorang doktor untuk mendengar sedikit penerangan mengenai rawatan yang perlu kami lakukan. Menurut doktor, aku perlu menjalani ujian darah berdasarkan history period pain aku yang agak teruk. Manakal Mr. Hubby, hanya perlu menjalani rawatan sekiranya aku tidak bermasalah.

Sebulan berlalu...aku menerima panggilan dari klinik tersebut untuk berjumpa doktor bagi melihat keputusan darah tempoh hari. Hatiku berdebar-debar. Aku & Mr. Hubby pergi ke klinik tersebuat pada keesokan harinya.

"Doktor, bagaimana keputusan darah saya", tanyaku.

"Mmmm, begini puan. Keputusan darah puan menunjukkan puan.........menghidap Hypertyroid."

"Apa kaitannya dengan kesuburan saya doktor?".

"Puan tidak boleh mengandung".

Ya Allah, padaMu aku berserah.....andai itu takdirnya.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


hari nie sekadar buat blog walking...pastu baca komen2...dan terbaca komen Hanim...dia ajak join contest ini...thanks Hanim..


Nak ajak sape yek masuk contest nie....jom buat karangan Hafiz dan Syira

(nak join? klik kat banner nie)



Malaysia menang 4-2: ESOK CUTI

(dipinjam dr Utusan M'sia)

Tahniah buat pasukan Malaysia...
yg telah memenangi Piala Suzuki AFF menentang Indonesia
dah lama xtengok permainan yg penuh mendebarkan...
satu kepuasan utk satu penantian yg lama...
TAHNIAH PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA...
krn anda...kami rakyat juga merasa nikmatnya...ESOK CUTI(31/12/2010)

Monday, December 27, 2010

ada apa dengan Cinta...

ADa ApA DeNgaN CiNTa.........RaNGgA
ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
ku lari ke pantai kemudian teriakku
SEPI
sepi & sendiri aku benci
aku ingin bingar,
aku mahu di pasar
bosan aku dengan penat
jadi nyah saja kau kekar
seperti berjelaga jika ku sendiri
pecahkan saja gelasnya biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh
ada malaikat menyulam jaring labah2 belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja locengnya
biar terdera@ aku harus lari ke hutan
belok ke pantai...........
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
CIntA.......adA apA dENgAn cInTa
satu nafas terhembus adalah kata
angan, debur & emosi tercampur
dalam jubah terpautan
tangan kita terikat.....
bibir kita menyatu
maka setiap apa yang terucap
adalah sabda pendita ratu
diluar itu pasir
diluar itu debu
hanya pasir meniup saja lalu hilang
terbang tak ada
tapi kita tetap menari
tarian cuma kita yang tahu
jiwa ini adala tandu
duduk saja....maka akan kita bawa semua
karena kita adalah satu.....

Sunday, December 26, 2010

HAPPY ANNIVERSARY...


happy anniversary utk aku & Mr. Hubby....
jeng...jeng...jeng...
ari nie genap 5 tahun usia perkahwinan kami...
moga cinta & kasih sayang berkekalan hingga ke akhir hayat...


Friday, December 24, 2010

:-) FRIENDSHIP (-:


many people will walk in & out of your life
but only true friends will leave footprints in your heart
to handle yourself, use your head
to handle others, use your heart

friends

anger is only one letter short of danger
if someone betrays you once, it is his fault
if he betrays you twice, it is your fault

great minds discuss ideas;
average minds discuss events;
small minds discuss people

he, who loses money, loses much;
he, who loses a friend, loses much more;
he, who loses faith, loses all

beautiful young people are accidents of nature
but beautiful old people are works of art

learn from the mistakes of others
you can't live long enough to make them all yourself

friends, you & me...
you brought another friend...
and then there were 3...
we started our group...
our circle of friends...
and like that circle...
there is no beginning or end...

yesterday is history
tomorrow is mystery
today is a gift
that is why it is called the present.


Wednesday, December 22, 2010

rindunyer nk berblog...



mmmmm.....dah beberapa hari xdpt nk buat n3
sibuk sgt semenjak masuk keje nie....
nak kene kumpul nota..
nak lengkapkan Fail Rekod Pensyarah(FRP)....

baru masuk 3 kelas....
hahaha....semua anak murid panggil aku CIK...
nampaknyer...AWET MUDA lg aku nie....senyum

semoga aku akan terus berbakti....

Monday, December 20, 2010

Ramlee Awang Mursyid: RAYYAN FANTASI

Apa yang terfikir....itu ada!!!

Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-615-3


RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

RAMLEE AWANG MURSHID berjaya mewujudkan sebuah rahsia dalam lingkaran saspens, seram dan misteri dalam novel ini. Faktor cinta pula adalah pengikat, tetapi tidak semestinya tersimpul mati. Rayyan Fantasi merupakan genre yang berbeza dalam karya Ramlee kali ini. Ketika membaca novel ini, pastikan di sekeliling anda adalah realiti kerana fantasi begitu bijak menipu fikiran.



Friday, December 17, 2010

caMNe nk Buat Bila baju kena DAKwat Pen?



tengah seronok2 melayan anak buah yg sibuk nk menulis....
tetiba die terlebih menconteng pulak...

abis baju aku kene dakwat pen...

ALAHAI....


muncungla mulut aku nie dok memikir baju lawa kena dakwat....

tetiba nenek bersuara...

katenye:

nnti letak minyak masak kat tempat kene dakwat tu,
pastu basuh ngan sabun mandi.


apalagi...akupun cubala...

BERJAYA...
bajuku dah lawa semula...
senyum

Thursday, December 16, 2010

Don't find love


Don't find love, let love find u.
That's why it's called falling in love, because u don't force yourself to fall,
u just fall.

10 MUHARRAM: HARI ASYURA

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang
disapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada
semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun
melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah dibaca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer"
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

14. Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka.

Wednesday, December 15, 2010

40 BULAN 27 HARI

wajahku dihari pertama memulakan tugas sebagai pensyarah....




akhirnye...setelah mengembara selama 40 BULAN 27 HARI, aku pulang jua ke tempat asal sewaktu aku mula2 bertugas dulu...hehehe...walau di tempat lama..aku tetap rase mcm org baru...kenapa? SEBAB BOS NYER ORANG LAIN....minggu minggu depan aku akan mula mendidik bakal2 TA(technical assistant).....CHAIYOK2!!!!!!!...
SELAMAT KEMBALI BERTUGAS....
MOGA ANAK2 DIDIKKU INI AKAN MENJADI ENGINEER YG BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT...AMIN


Friday, December 10, 2010

TERSENARAI : BLOG BEN ASHAARI

KerAnA DiRimu.....



GiLa BiLa Aku MeNCinTAImu

MAraH BiLA AkU PErLUkanMu
BencI bIla AKu RinDUkanMu
GeRam BiLa Aku GUraU DenGANmu
saYAnG Bila Kau DiSIsiku
SEmuaNya KerAnA DiRimu.....

Thursday, December 9, 2010

Doa Pengantin 2



ari ni nk sambung n3 yg sebelum ini....doa pengantin

****************************************************************

"Ya Allah, Ya Tuhan KAmi,
kami memohon doa restuMu,

serta limpahkanlah kasihMu,
berkatilah majlis kami ini dan

semoga majlis ini berjalan dengan penuh kesempurnaan
seperti mana dengan keizinanMu,

kekalkanlah jodoh perkahwinan kami seperti mana Adam & Hawa,

kekalkanlah kesetiaan kami seperti percintaan Qais & Laila.

Redhakanlah ikatan kasih sayang kami di dunia & di akhirat."

-Amin Ya Rabbal Alamin-


****************************************************************

Wednesday, December 8, 2010

BLOGLIST 2011 .. SELAMAT DATANG TAHUN BARU

(nak tahu lebih lanjut?...sila click header bro Ben kat atas nie)

blog walking.....blogwalking......blogwalking.....
nape banyak blog mesti nk jd follower bro Ben nie?
aku pun open la blog Bro nie....
ooooo...rupenyer,die nie slalu bg info n kongsi ilmu utk blogger baru...
ayat2 die pun senang nk faham rupenyer...
Haaa...arini die die buka 1 peluang untuk blogger kenalkn blog masing2...
ape lagi...JOINLA...
biar ramai yg dtg melawat blog KASIH ARINAH
nnti leh tersenarai utk BLOGLIST 2011...SELAMAT DATANG TAHUN BARU


Malaysian Mom Bloggers Giveaway


Group ini diwujudkan untuk mengumpulkan penulis-penulis blog yang berorientasikan kekeluargaan, kasih sayang dan yang sewaktu dengannya. Pembaca-pembaca blog yang meminati kumpulan blogger ini juga dijemput untuk menyertai kami. Adalah diharapkan kumpulan ini dapat mengeratkan ukhuwwah sesama kita disamping menambah aliran trafik ke blog masing-masing.

******************************************************
Hadiah :
  • Satu t-shirt Muslimah untuk entry paling kreatif
  • 5 handmade brooch yang comel berdasarkan cabutan bertuah
dateline: 31 JAN 2011
******************************************************


sesaper yg berminat nk join GA nie boleh click di SINI....

BlogLarian.....JOM JOIN

selalu buat blog walking...
saje nk kumpul input utk perbaiki blog sendiri n nk kenalkn blog kat org lain...
jumpa cara MUDAH...
JOM JOIN



(berminat? sila click banner nie)




Saya suka berblogwalking kerana nak release tension, nk kenalkan blog sendiri, nk kumpul input macam mana nk blog makin cantik & buat org lain tertarik ngan blog sy....


Sy dah jd follower blog ini........http://bloglarian.blogspot.com


Tag 3 orang @ lebih
  1. http://pautanbumitarbiah.blogspot.com
  2. http://emymilia.blogspot.com
  3. http://gadishanim.blogspot.com

Doa Pengantin 1



banyak betul jemputan kawin bulan 12 nie...
kadang2 sampai 3 majlis satu hari.. ade jugak majlis yg xdpt dihadiri kerana faktor jarak... sempena itu, aku nk kongsi doa pengantin yg ade kat kad jemputan yg diterima... akan menyusul doa yg lain2....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
kami memohon restuMu,
berkatilah majlis ini,

limpahkanlah barakah & rahmat atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumahtangga mereka aman & bahagia dlm ketaatan terhadapMu,

Kurniakanlah kepada mereka zuriat yg soleh & solehah

serta berikanlah ketenangan kpd mereka di dunia & akhirat,

Sempurnakanlah agama mereka dgn berkat ikatan ini.

AMIN.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, December 7, 2010

CINTA...


Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan.

Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi menbangkitkan semangat.

Monday, December 6, 2010

Contest 'Bunga-bunga Kehidupan'

br lepas layan contest cerpen sesedap rase...
pastu g blogwalking jumpa lak blog M'sia Giveaway..
wah,rupanyer ade byk pertandingan yg best2...
skrg nak layan contest 'bunga2 kehidupan plak...JOM


(sape berminat boleh click banner nie)



syarat2 yg Cik nil kenakan..


1. Anda adalah follower blog cik Nil

dah berjaya menjadi follower cik nil


2. Letakkan banner contest diatas ini di side bar blog anda.

banner cik nil sy dah letak kat side bar tue...



3. Link kan blog2 ini di blog list anda ♥ nyl collection ♥, ♥dResS, tOps, skIrt, sCarf, bAg n mAny mOre♥ dan bunga-bunga kehidupan

xtahu nk buat mcm mana...
tp saper berminat leh click aje kat kat name blog tue...
pastu sy pun dah follow blog ini jagak...



4. Bt entry dan masukkan 1 gambar anda bersama bunga.(xkira bunga hidup ke, bunga mati ke, bunga xsegar ke, segar ke, 1 kuntum ke,
1 lori ke, 1 taman ke. pape jer. asalkan ada bunga k)

ini pic' aku bersama jambangan bunga yg diberi oleh Mr. Hubby...
pic' nie diambil pada Ogos 2010...
mase ari konvokesyen degree aku...
thanks a lot to Mr. Hubby yg sanggup berjauhan ngan aku selama 3 thn...
xterbalas rasenyer pengorbananmu itu...
i alwiz luv u, darlin...





5. Pastikan dlm entry tu ada banner dan ada link ke entry ni k :) senang org lain nk join jgk.

itu semua telah dilakukan

Contest CerpeN SEseDap Rasa


dah berhari2 dok pandang contest kat blog ain zulaikha nie...
asyik pk nk tulis cerpen ape....
sbb dah lama xmenulis....
moga Ain & kawan2 akan terhibur membaca cerpen ini...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



"kring, kring, kring" telefon berbunyi.
"Ish, bising betul la tepon nie", kata Ain. "org nk tido pun x selesa" Kerana bunyi yg bising itu, Ain pun mengangkat tepon tersebut tanpa melihat siapa pemanggilnya.




"Hello, ini Cik Ain Zulaika?."
"iya."
"Cik dijemput hadir untuk makan tengahari di Hotel Matahari."
"Bila?"
"Hari ini."
"OK. Nanti saya datang."

Setelah menerima panggilan telefon, Ain bersiap2 untuk pergi ke Hotel Matahari. Ain juga telah memandikan kucingnya, Bool. Tanpa memikirkan dari siapa panggilan yg diterimanya tadi, Ain bersama Bool menunggu teksi di tepi jalan besar behampiran rumahnya. Tiba-tiba..."bedebuk", satu anak patung jatuh betul2 di atas teksi yg berhenti untuk mengambil Ain dan Bool.

"Opocot", Ain melatah.
Bool terpinga2.

Keadaan menjadi riuh. Pemandu teksi menyangka yang jatuh di hadapan cerminnya adalah seorang bayi. Dan mula berfikir, kemanakah arahnya sebenarnya. Setahu Ain, Hotel Matahari tidak wujud.




"Aiseymannnn, ada pakwe handsome la. Ah, lupakan ajelah pasal Hotel Matahari tu...baik aku berkenalan ngan pakwe tu. Dari tadi, dia perhatikan aku je. Hehehe."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kengkawan jom la join contest nie...
  1. emylia
  2. hanim
  3. ami
  4. hafiz
harap2la aku dpt salah satu dr hadiah nie....hehehe



Sunday, December 5, 2010

Bagaimana nak tawan HATI SUAMI?




jom kiter kongsi info nie....

  1. jaga kesihatan diri agar tampil SIHAT & BERSERI
  2. berusaha mengekalkan BERAT IDEAL
  3. jaga penampilan agar ANGGUN
  4. BERDANDAN untuk suami
  5. kenakan pakaian yg SEKSI ketika bersama suami
  6. sentiasa ucapkan KATA2 ROMANTIK
  7. layan suami dgn penuh KASIH SAYANG
  8. jaga TUTUR KATA & PERBUATAN
  9. setiasa BELAI suami dgn sentuhan yg romantik
  10. SAMBUT SUAMI PULANG dari kerja dgn penuh perhatian
  11. URUT suami tanpa perlu dipinta
  12. BERDOA agar hati suami sentiasa tertawan dgn anda
  13. jaga HARTA BENDA SUAMI dgn baik
  14. pandai mengambil hati KELUARGA MERTUA

p/s: pesanan utk aku juga agar sentiasa jd ISTERI yg dikasihi SUAMI & menantu yg
disayangi
keluarga mertua...

Saturday, December 4, 2010

MAHA 2010

sepintas lalu MAHA 2010....


Mr. Hubby....mekaceh bw g jln2 ke MAHA 2010....
letih berjalan....4 jam,xabis pusing lg...



pisang nie saje mcm pisang raja cuma warna kulit die merah...



cantik orkid nie...tp bukan ini yg aku beli...



contoh design umah burung walid....
ala....burung yg air liur die ade banyak khasiat tu...



aku....
di depan pintu masuk MAHA 2010....



p/s: semua pic' nie amik pakai camera hp je...1/12/2010

Friday, December 3, 2010

JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA...


  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari @ mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukarmana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Thursday, December 2, 2010

dia buah hatiku.....



Hadif Hakim



Fakrul Shahmi



gelak tawa mereka...mampu menghilangkan lelahku
keletah mereka....buat aku terhibur
kehadiran mereka....menceriakan hari2ku
aku sayang mereka
aku kasih mereka
aku cintai mereka
hari2 sunyiku
hari2 sepiku
bak warna pelangi saat kulihat wajah mereka...

Tuesday, November 30, 2010

sunyi...sepi



xlama lg...genap 5 thn usia perkahwinanku...
thanks to my Hubby....yg sentiasa sabar & setia di sisiku...



mungkinkah kalian fahami....
hidup ini kurasakan sunyi dan sepi....

aku rindukan suara si kecil....


Tuesday, November 23, 2010

Aisya Sofea : MASIH SETIA


Sinopsis:

MIERA - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?


~~~~~~~~~~^^^^^~~~~~~~~~~^^^^^~~~~~~~~~~^^^^^~~~~~~~~~~^^^^~~~~~~~~~

I luv to read this book....

jln cerita cintanya segar...

kata2 rindu, sayang dan cinta yg membawa pengertian yg berbeza...

olahan cerita membawa kite bersama di dlm ceritanya....



Monday, November 22, 2010

aku ingin menulis...



aku ingin menulis...
ingin terus meluah...
tapi aku xmampu....
kerna, aku hanya menulis....saat terluka

aku ingin menulis...
mencoret cerita cinta
kisah kasih & sayang
antara aku & dia....

aku ingin menulis...
ingin kukhabarkan pada semua...
aku kini mampu tersenyum
aku bisa ketawa...
dan semua itu bukan lagi sebuah dongeng...

aku ingin menulis...
dan terus menulis...
melukis semua rahsia hati...




Wednesday, November 10, 2010

MAHER ZAIN : For the rest of my life



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart



Tuesday, November 9, 2010

Monday, October 18, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.

"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Saturday, October 16, 2010

Al-Fatihah...

ini adalah pic' terakhir arwah di Hospital Bintulu, Sarawak
Mohd Khalid B. Samid
2/4/1981 - 16/10/2010




salam....
tgh hari, Sabtu...16/1o.2010...
kembalinye seorg anggota polis yg masih punyer semangat waja utk berjuang
dia, Inspektor Mohd Khalid B. Samid yg bertugas di Balai Polis Bintulu kembali menyahut seruan Ilahi...
moga rohnya ditempatkan di sisi kekasih2 Allah & sentiasa diRahmati Allah...
meninggal seorang isteri....dan seorg wanita tua...IBUnya...
IBU yg xpnah mengeluh pd setiap rase rindu yg dpendam...
setiap thn si ibu menanti kepulangan anaknya...
dan hari ini...anak itu pergi yg tak akan kembali...
Al-Fatihah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...