Followers

Tuesday, September 27, 2011

Kasih: BAB 3

     Pagi-pagi aku dah bersiap nak pergi ke sekolah. Aku pakai T-shirt dan track suit. Persiapan taklah menyeronokkan, tetapi acara paling best ialah acara tarik tali.
     "Eriy, kalau berani kau tegurlah mamat handsome tu", kata Shaz.
     "Ah, malulah".
     "Apa pulak, dia tu playboy kau tahu!".
     "Aku tahu, girl dia tahun lepas Kak Emy kn?".
     "Aku dengar dia dah putus, kalau kau terror, tackle la dia".
     "O.K. Aku sambut cabaran kau. Tengoklah siapa aku, mesti boleh dapat punya".
Lantas aku mengatur langkah ke arah Azlan. Sebenarnya dia tu bukan handsome sangat pun. Cuma dia top kat sekolah pasal terror main football.
     "Hai Azlan, takkan tarik tali aje kot? Kak Emy mana?"
     "Tarik tali ajelah, nak tarik tangan siapa lagi?"
     "Hei, tarik tangan Kak Emy la".
     "Lan dah clash ngan dia".
     "OOOOOOooooo....(50 harkat), kalau ada pengganti, Azlan sudi tak tarik tangan dia?"
     "Siapa Syira?"
     "Adalah!!!!!!!!",jeritku sambil berlari menghampiri rakan-rakanku.
                                                   
,,,,,,,,,,,,,,,,
     "Amacam, boleh tahan tak?"
     "Cayalah, Eriy. Aku tabikla kat kau", kata Shaz.
     "Hoi, tak nak balik ke?", tanya As.
     "Hai, baru pukul 10.00, dah nak balik?" kata Eiza.
     "Relakla, bagi aku can kacau Lan dulu".
     " Mak ai....baru kenal dah panggil nama pendek", kata As
     "Tengok orangla".
Aku, Shaz, As dan Eiza mengatur langkah ke blok B. Bangunan itu adalah jalan utama bagi penduduk (pelajar) SMTHO untuk pulang ke istana (rumah la).
     "Eriy! Eriy! Azlan lalu".
     "Mana-mana?".
    "Tu ha, di dengan Rizal la".
    "Lantakla....aku nak tegur Lan bukan Rizal".
Apabila Azlan lalu, aku terus menegurnya.
     "Hai, Lan".
     "Oh, Syira. Apa hal".
     "Nak tahu tak siapa yang nak jadi pengganti Kak Emy?"
     "Hah, siapa?"
     "Emmmm,aku la. Nak tak tarik tangan Syira nie!"
     "Nak, nak", seraya itu juga Lan menghulur tangan.
     "Nah".
Azlan dengan cepat cuba menyambar tanganku. Cepat-cepat aku menarik tanganku.
     "Mana boleh......" kataku
     "Tak apa......"jawab Lan dalam nada merajuk. Azlan lantas berlalu. Aku memanggilnya.
     "Azlan! Janganlah marah, aku bergurau je".
Azlan terus berlalu tanpa berkata sepatahpun. Aku mula diselimuti rasa kesal dan resah. Kami pun mula bergerak ke istana masing-masing.

~~~~~~~~~~~~

Sebelum masuk tidur, aku membuka diariku dan mula menulis.

9 Julai
Hari peperiksaan makin hampir. Satu persiapan pun belum aku buat. Tapi, aku rasa seronok hari ini. Aku dapat berkenalan ngan Azlan hero sekolah tu...Tadi sewaktu bertentangan mata dengannyaseperti ada yang misteri dalam matanya. Jelingan matanya, ADUH....bisa menggugurkan jantungku...hehehe..Alamak, mata dah mengantuk.Bye,bye.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...