Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, November 23, 2011

Kasih: BAB 6

Tidur, makan, tidur, makan. Rupanya dah hampir sebulan aku kenal Azlan. Diam tak diam love flower dah berkembang. Setiap hari aku jumpa Azlam. Tapi tak pernah jemu, mungkin kerana dia nie seorang yang ambil berat, pandai memujuk, pandai nyanyi dan romantik. Saat-saat indah bersama sering kami ukir di taman cinta yang terbina. Walaupun begitu, cinta kami yang semakin hangat membara tak pernah ada yang tahu. Cuma Cikgu Anhar yang tahu hubungan kami berdua dan geng-geng aku dan geng Azlan.

Setiap petang pasti ada mata yang meliar memandang kami. Itupun kami buat tak tahu. Malah, Azlan sering dicabar demi membuktikan cintanya padaku. Peristiwa paling seronok, bila dapat main bola bersama Azlan dan rakan-rakan, Atas dasar cinta sejati & suci, Azlan tak pernah ambil peluang ke atasku, malah dia sering menasihatiku apabila bergaul dengan lelaki. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayanginya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...