Followers

Tuesday, November 29, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Kasih: BAB 6

Tidur, makan, tidur, makan. Rupanya dah hampir sebulan aku kenal Azlan. Diam tak diam love flower dah berkembang. Setiap hari aku jumpa Azlam. Tapi tak pernah jemu, mungkin kerana dia nie seorang yang ambil berat, pandai memujuk, pandai nyanyi dan romantik. Saat-saat indah bersama sering kami ukir di taman cinta yang terbina. Walaupun begitu, cinta kami yang semakin hangat membara tak pernah ada yang tahu. Cuma Cikgu Anhar yang tahu hubungan kami berdua dan geng-geng aku dan geng Azlan.

Setiap petang pasti ada mata yang meliar memandang kami. Itupun kami buat tak tahu. Malah, Azlan sering dicabar demi membuktikan cintanya padaku. Peristiwa paling seronok, bila dapat main bola bersama Azlan dan rakan-rakan, Atas dasar cinta sejati & suci, Azlan tak pernah ambil peluang ke atasku, malah dia sering menasihatiku apabila bergaul dengan lelaki. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa aku menyayanginya.

Tuesday, November 22, 2011

TENTANG DHIA


Lirik Lagu: DHIA
Penyanyi: Ady Putra

Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantungku mula jiwaku
Merelakan diriku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu
Itu yang ku mahi...cintamu

Sinar mentari pasti
Menyinar rahsia sunyi
Biarlah ku bermimpi
Terlena dibuai sepi
Dhia khayalan cinta
Selama ini kuharapkan
Cuba engkau fahami
Takkan dirimu dilukai

kredit utk: nurizspace.com

TAHNIAH HARIMAU MUDA

pic' kredit: utusan




penantianku xsia2 mlm tadi....

sangat berpuas hati...

walau emosi sedikit terganggu krn astro tetiba biol sbb hujan...

walaupun xdpt tengok permainan utk 30 minit terakhir....
aku tetap dpt menyaksikan tendangan penalti...

jantung berdetap kuat...

macam nk luruh...

alhamdulillah...



EMAS buat skuad HARIMAU MUDA

menewaskan Indonesia 4-3

selepas terikat 1-1

Friday, November 18, 2011

Hayat Galeri

HAYAT GALLEY OPENING
selangkah kehadapan, seribu penghayatan


banyak pertandingan dan aktiviti yg dijalankan sempena perasmian Hayat Gallery...
antaranya adalah archiphoto, pimp-my-bot, calligraphy,
shopping bag, straw artwork & logo uniti
enjoy the photo...


hasil seni halus pelajar



susun atur...



para pensyarah berbincang mengenai susun atur bandaraya melaka
yg disediakn oleh pensyarah & pelajar senibina



pic' sketch & photo snap dr pelajar



aku di Gallery Hayat



penerangan dari penyelaras program kpd Ketua Jabatan



calligraphy & pimp-my-bot

Kasih: BAB 5

Aduh! Sakitnya kepala aku. Nak ke tak nak. HAri tu aku merungut nak couple. Ha! Sekarang dah ada yang terpikat, buat susah aku aje. Tengok si Azlan ni, romantik orangnya. Kalau dapat mesti best punya. Tapi kalau clash mampuslah aku.

"Hoi! Eriy. Berangan ke?", tanya As.
"Macam mana, dah beri jawapan pada Azlan ke?", tanya Eiza.
"Aku tengah fikirlah ni, nak jawab ya @ tidak".
"Eriy! Aku tak setuju kau jadi couple ngan Lan. Dia tu bukannya budak baik".
"Habis, kau ingat kita ni baik sangat ke? Dahla hari-hari kita kacau anak dara orang, lepastu kacau orang tua dan aku pulak pernah bantai orang. Sampai jadi kes".
"Terpulangla pada kau Eriy. Kau leader dan aku harap kau tak lupa kami", pinta Roy.

Percayalah sahabatku, aku takkan lupakan korang. Aku akan buktikan pada semua yang Azlan akan berubah dan lemas dalam permainan ini.

~~~~~~~~~~~~

"Shaz, mana Lan?".
"Entah, belum sampai lagi agaknya".
"Eh! Zack pun ada?".
"Ni ha! Si Shaz nie suruh teman, dia takut".
Selepas aku beritahu pada Shaz perasaan sebenar aku terhadap Lan yang datang lambat tu, barulah aku tahu sebenarnya Azlan datang awal & dia bersembunyi di kelas 6A.(Alamak malunya...!)

Thursday, November 17, 2011

Sayangku Casper


TERBAIK!
hahaha...
buat aku selalu tersenyum
dia TIA....lurus bendul...
RAF....karakter yg menawan...
paling penting...
buat diri kembali muda
hehehe

novel ke 3 Mazni Aznita di Prima...
xrugi membelinya...
tp aku masih menanti Kasihku Arina II.... :-(

~~~~~~~~~

cinta pertama adalah keramat di hati
rindu pertama adalah penamat di jiwa
is love supposed to last throughout all time
or it is like trains changing at random stops?

Tuesday, November 15, 2011

PECAH

sinopsis

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi & Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar-sang penghuni dimamah usia - tiba2 tumbang. Hilang sedar. Lidya-sang jururawat - & Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Lereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpongkah. Satu-persatu PECAH.

~~~~~~~

sebuah cerita terbitan FIXI.
hasil tulisan seorang blogger.
MENARIK...
xkan mahu berhenti MEMBACAnya...


Thursday, November 10, 2011

Kasih: BAB 4

Sudah seminggu aku mengenali Azlan. Tadi waktu rehat, Faizal jumpa aku. Dia kata Azlan nak jumpa. Apahal pulak...Aku ada buat salah ke? Entah-entah dia marah pasal hari tu tak. Mampuslah aku.

"Siti Norsyahira Bt. Abdul Aziz", panggil Cikgu Ros.
"Eriy, cikgu panggil", beritahu Eiza.
"Ada ape?"
"Syahira, cepat ada orang nak jumpa", beritahu Cikgu lagi

Aku pun melangkah terpaksa ke luar dari library. Budak ni tak tahu ke, orang tengah seronok baca buku cerita, dia nak jumpa pulak. Siapa pulak yang suka no kacau aku nie.

"Syira", panggil Faizal.
"apa".
"Cepatla...Azlan nak jumpa kau dekat sana".
"Faizal, aku ada kelas la".
"Alah sekejap aje. Azlan kata kalau kau tak nak datang, dia jerit nama kau kuat-kuat".
"Jeritla kalau berani".
"Azlan.........."
"OK...OK...Aku pergi jumpa dia"

Aku masuk semua ke library.
"Edly, Shaz".
"Apa?". Jawab Edly & Shaz serentak seraya memandangku.
"Jom ikut aku jumpa Azlan"
"Buat apa", tanya Edly (sememangnya group aku tak suka aku berkawan dengan Azlan).
"Entah, aku tak tahu"
Aku, Shaz & edly terus keluar dan memakai kasut. Kami berjalan bersama-sama dengan diiringi oleh kura-kura dan kambing (Faizal & Kamil).

~~~~~~~~~~~~~~

"Syira, sebenarnya Azlan dah lama minat kat Syira".
"Apa? Minat dekat Eriy! Sebab apa?"
"Entahla. Tapi sejak tingkatan dua, masa kawan-kawan bercerita pasal awak, saya dapat rasakan seperti ada yang menarik pada diri awak".
"Habis tu, kenapa Azlan xpernah tegur Eriy".
"Lan takut sebab dikeliling awak adalah lelaki".
"Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....(25harkat) takkan takut. Eriy dengar Azlan nie playboy betul ke?"
"Dulu adalah. Tapi semenjak bertemu Syira hari tu, Azlan dah berubah".
"Tiba-tiba aje stop! Eriy tak ada bagu ubat guna-guna pun".
"Syira, can you be serious and listen what I want to talk with you"
"Yelah...yelah.OK, cakap apa Lan nak cakap"
"Syira, sebenarnya Lan sayangkan Syira and can you be my girl, please....".
"Apa!!!jadi kekasih? Oh, NO!"
"Please Syira.....Azlan amat sayangkan Syira. I LUV U"
"Tapi, Eriy bukanlah gadis yang gemar mempunyai kekasih. Satu kekita dulu, Eriy pernah ada kekasih, malangnya Eriy ditinggalkan tanpa pesan. So, Eriy tak nak perkara tu berulang. Lagi satu, Eriy nie tomboy. Kalau tak percaya tanya Shaz".
"Yelah, Eriy memang tomboy Azlan. Lagi pun dia nie otak gila-gila sikit. Sikit aje tau", sokong Shaz.
"Itu tak penting, yang penting Syita sudi jadi girl Azlan".
"Kalau macam tu, tunggu keputusan Eriy malam esok. Tempat biasa. Kalau tak tahu tanya Shaz".


Tuesday, November 1, 2011

i-CITY vs ICT

VS


salam...
menarikkan n3 kali nie...
i-CITY vs ICT

i-CITY...tempat indah mencuci mate diwaktu malam
gemerlapan cahaya berwarna-warni
membuat hati berbunga-bunga indah
hehehe

tp

tetap xleh lawan ICT
ICT?
Ikan Celup Tepung
hehehe...
semua hasil laut dicelup ke tepung dan digoreng rangup..
sedap hingga menjilat jari...
THUMP UP!!!!
TERBAIK...
di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
makan begitu sahaja tanpa nasi...
ade ikan tuka...ikan kembung...sotong...udang...
semua dicelup tepung....

selamat menikmati kedua-dua 'ict' walau ditempat yg berbeza...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...