Followers

Tuesday, November 23, 2010

Aisya Sofea : MASIH SETIA


Sinopsis:

MIERA - Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi - Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedi. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?

Siapa lelaki itu sebenarnya? Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu? Mampukah dia mengusir rasa istimewa itu apabila segala-galanya terbongkar?


~~~~~~~~~~^^^^^~~~~~~~~~~^^^^^~~~~~~~~~~^^^^^~~~~~~~~~~^^^^~~~~~~~~~

I luv to read this book....

jln cerita cintanya segar...

kata2 rindu, sayang dan cinta yg membawa pengertian yg berbeza...

olahan cerita membawa kite bersama di dlm ceritanya....



1 comment:

  1. i love uda & dara so much..i want to try read this book, thanks for your sinopsis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...