Followers

Saturday, December 10, 2011

Nasi dagang utk Mr. Hubby

inilah makanan aku & Mr.Hubby utk hari ini...
berhujung minggu di rumah...
setelah 2 minggu menyibukkankn diri utk majlis perkahwinan adindaku...

resepi?
resepi asal di sini...kat My Resepi...
tp aku dah alter...
ini resepi aku

NASI
4 cawan beras nasi dagang kelantan
1 kotak santan
garam
1 sudu besar halba
bawang & halia (dihiris halus)
air

GULAI IKAN TONGKOL
1 kotak santan
15-20 tangkai cili kering (blend)
4 ulas bawang merah + 2 ulas bawang putih + lengkuas (blend)
1 paket kecil rempah kari ikan
3 keping asam keping
garam
gula
2 ekor ikan tongkol (saiz sederhana)

ACAR
2 batang timun
1 batang lobak merah
1 biji lada besar
1 biji bawang besar
garam + gula + cuka

CARA2 nak masak:
NASI
beras dibasuh & direndam 1 malam.
Kemudian kukuskan beras di dalam pengukus selama 5-10minit.
sementara itu, masakkan santas cair yg dicampur dgn bawang & halia...
jgn lupa letakkan garam & halba
bila mendidih, matikan api & gaulkan nasi yg dikukus.
kukuskn semula nasi tadi hingga kembang.
biarkan seketika.
setelah itu angkat, gaulkan dengan santan pekat.
dan kukus semula hingga hingga beras kembang.

GULAI IKAN TONGKOL
kukus ikan bersama asam keping & sedikit air hingga masak.
masukkan bahan2 lain di periuk berasingan..
kacau hingga mendidih.
kemudian masukkan ikan yg direbus
hidangkan apabila santan & ikan telah mendidih

ACAR
hiris timun & lobak
mayang bawang & lada besar
campur semua bahan ke dalam bekas.
masukkan cuka + garam + gula.
simpan di dalam peti ais utk seketika.

SIAP!!!!!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...