Followers

Sunday, May 8, 2011

KISAH KAYU & PAKU



pernah aku bertanya,
mengapa terlalu tumpah cinta abah pada
keping-keping papan di sudut tepi rumah,
memahat paku bertemu kayu
memalu rentak irama sumbang di sudut tepi rumah

kata abah membalas pandang,
"cintaku kepada Tuhan bagai tiap hela nafas yg kulepaskan
cintaku kpd bondamu, bagai tiap detak jantungku berdenyut,
cintaku pada paku & kayu ini ibarat kilasan hatiku"
aku terdiam.....cuba mengerti.....

suatu ketika, tika iman tidak lagi teguh,
tika rasa hormat sudah ditelapak kaki,
hingga aku sanggup menolak syurga & menyambut neraka
aku rakus, menyentap naluri abah,
tercari2 hatinya yg terluka amat dalam

aku terlupa umbi, terlupa utk berpijak dibumi nyata,
terlupa pula menghirup udara yg segar,
hingga aku tegar membunuh harapan abah

tapi abah...perlahan mengatur langkah ke sudut tepi rumah
lalu aku terdengar bunyi paku menuduki kayu,
ku biarkan saja....AKU RIMAS!!!

kini, abah sudah menghadap yg Esa,
meninggalkan 1001 rahsia di sudut tepi rumah,
membawakan aku menjejakkan kaki utk pertama kali suanya,
aku selak tirai, biar luas,
menampakkan paku penuh di dinding kayu
ada sekeping nota di celah papan,
kubuka perlahan
tulis abah,
"paku itu dosamu, kayu itu adalah hatiku,
sekali engkau kecilkan hatiku, ada satu paku di situ,
andai aku sudah tiada,
engkau buang sajalah paku itu
kerana
aku sudah melupakan cerita kisah kita.
sejahteralah hidupmu"
warkah itu kubaca berulang kali,
meleraikan kisah PAKU & KAYU.

~~~~~~~~~~

tersentuh hatiku saat pertama kali mendengar kisah ini...
mengingati kesilapan yg mungkin aku lakukan terhadap kedua ibu bapaku...
moga aku dapat terus berbakti kepada mereka
selagi hayat dikandung badan...
amin

SELAMAT HARI IBU
buat mamaku SAMIDAH BINTI SAMID
dan mak mertuaku...

1 comment:

  1. sedihnya baca nie... :( pe pun selamat hari ibu buat akak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...