Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, April 16, 2012

Community Policing Diperluaskan Di Peringkat Kampus



SABAK BERNAM, 13 April- Buat pertama kali Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memperkenalkan program ‘Community Policing’ di kampus bagi mendidik dan mendedahkan pelajar-pelajar kepada trend jenayah terkini sekaligus membendung kegiatan yang tidak sihat dikalangan remaja masa kini. PDRM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan ‘Campus Policing’ peringkat kontinjen dimana Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sg. Lang, Sg. Air Tawar Sabak Bernam Selangor telah menjadi kampus pertama program ini dilancarkan dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar di Dewan Serbaguna PSIS petang tadi. Dalam ucapan perasmian Ketua Polis Negara amat berharap dengan adanya program Campus Policing tersebut akan memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya remaja dan memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa melaksanakan tugas-tugas pencegahan jenayah. Dalam majlis yang sama turut Ketua Polis Negara turut menyampaikan wang sumbangan Tabung Amanah Warisan Perwira (TAWP 6) sebanyak RM3 ribu kepada Homeguard Daerah Sabak Bernam. Program yang dijalankan selama 2 hari itu turut dijalankan pelbagai aktiviti bagi menarik minat para pelajar PSIS mengenali dan memahami tugas sebenar sebagai anggota polis sekali gus telah mewujudkan kemesraan para pelajar khasnya PSIS terhadap PDRM.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...