Followers

Thursday, July 5, 2012

INGIN BERKASIH LAGI

Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.
Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.
Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.
 
 
~~~~~~
 
lama kunanti naskah terbaru dari Damya Hanna...
penantian itu indah...
aku mampu ketawa dan menangis ketika membacanya...
bahasa yg santai...
kehidupan yg biasa...
tp mampu menyentuh hati dan perasaanku...
 
JANGAN LUPA BACA!!!!!!!!!!!

2 comments:

  1. novel bru damya hana ek..lama dh xjgk book store...heee....blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup....nie novel baru damya...best tau citer nie...
      sy dah sinngah blog Nur, cantik hasil kerja Nur...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...