
saat hati terusik
mungkin ada rasa marah
dan ada ketikanya...
ada dendam yang tersimpan
rasa amarah itu...
buat hati luka
buat hati merintih
buat diri merana
hanya seperkara...
yang buat kita lega
yang buat kita tenang
yang buat kita lapang
sebuah ucapan kemaafan
yang datang dari hati
bukan kerana terpaksa
tetapi dengan sebuah KEIKHLASAN