Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, April 23, 2011

JIKA BUKAN KERANA BINTANG

Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka.

Hisyam, menantunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh manakala anaknya, Zubaidah pula lari meninggalkan Maisara yang masih kecil kerana mengikut lelaki lain. Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Tapi anak kecil itu tidak pernah mengeluh akan kemiskinan yang mereka alami sebaliknya sebagai dorongan untuk dia rajin belajar dan akan mengubah nasib mereka kelak. Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta.

Malah kehidupannya juga banyak diaturkan oleh neneknya, Datuk Hasnie yang merupakan pemilik Wadah Sejati Holding. Malah hubungan dengan mamanya, Zubaidah juga dingin dan tidak seperti hubungan antara mama dan adik bongsunya Haniff yang sangat akrab.

Takdir telah menemukan Maisara dan Dhamiri di salah satu pusat boling di Kuala Lumpur. Tanpa mereka sedari yang mereka memang benar-benar mula mencintai antara satu sama lain. Kemunculan Yusnie merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Datuk Hasnie membuatkan hubungan Dhamiri dan Maisara semakin retak.

Kisah cinta mereka semakin tergugat apabila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka hingga sanggup memfitnah Maisara kononnya mengandungkan anak Haniff, adik Dhamiri sendiri. Sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri?

~~~~~~~~~~~

JIKA BUKAN KERANA BINTANG,

SUDAH TENTU DIA TIDAK SANGGUP PERGI SEJAUH INI

-dhieya adlynna-


bacalah novel ini...anda pasti terbuai ke kenangan sewaktu belajar di IPT

dr mula aku membaca....hingga ke akhirnya...

emosiku berubah2....dan mampu membuatkan aku ketawa dan selalu tersenyum

JOM BUAT ICE-CREAM

inilah rupa ice-cream coklat aku yg dah siap...

resepi:
2 cawan susu fresh yg telah disejukkan dlm peti ais
1 cawan susu nespray
1 cawan gula halus
4 sudu besar coco powder
4 sudu besar milo
1 sudu besar ovallate

cara2nya:


campur semua bahan
blend hingga kembang
pastu masukkan dlm bekas
& simpan dlm peti ais beku sampai keras


p/s:
sesape yg xsuka coklat...leh ganti ngan perisa lain
cthnya: sesape yg suka rase jagung, leh beli jagung dlm tin
& kisar sampai hancur...

Friday, April 22, 2011

JOM MARKING PAPER....


dah lama aku xmenanda paper final...
ini paper pertama yg perlu aku tanda setelah 3 thn dok menjawab soalan exam
kertas2 exam yg perlu ditanda adalah;

1. CN103-material engineering = 30 skrip jawapan
tarikh exam - 22/4/2011

2. C3001-bahan&binaan kejuruteraan awam = 59 skrip
tarikh exam - 25/4/2011

3. C1403-keselamatan&kesihatan pekerjaan = 44 skrip
tarikh exam - 28/4/2011

setiap jenis subjek aku hanya diberi 3 hari utk menanda....
xkiralah berapapun bilangannya....
huhuhu....
nak tercabut jari pasni....
cuti 1 MEI aku xde maknanya lg....

Wednesday, April 20, 2011

berfikirlah wahai teman


KELALAIAN ITU KEGELAPAN

KEJAHILAN ITU KESESATAN
KESABARAN ITU KETENANGAN
KEMAAFAN ITU KEKUATAN
BERFIKIRLAH WAHAI TEMAN

Tuesday, April 19, 2011

the sword vs the spirit



THE SWORD
CONQUERS FOR A WHILE,

BUT THE SPIRIT CONQUERS FOREVER!

~sholem asch~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...