Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, April 23, 2011

JIKA BUKAN KERANA BINTANG

Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka.

Hisyam, menantunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh manakala anaknya, Zubaidah pula lari meninggalkan Maisara yang masih kecil kerana mengikut lelaki lain. Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Tapi anak kecil itu tidak pernah mengeluh akan kemiskinan yang mereka alami sebaliknya sebagai dorongan untuk dia rajin belajar dan akan mengubah nasib mereka kelak. Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta.

Malah kehidupannya juga banyak diaturkan oleh neneknya, Datuk Hasnie yang merupakan pemilik Wadah Sejati Holding. Malah hubungan dengan mamanya, Zubaidah juga dingin dan tidak seperti hubungan antara mama dan adik bongsunya Haniff yang sangat akrab.

Takdir telah menemukan Maisara dan Dhamiri di salah satu pusat boling di Kuala Lumpur. Tanpa mereka sedari yang mereka memang benar-benar mula mencintai antara satu sama lain. Kemunculan Yusnie merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Datuk Hasnie membuatkan hubungan Dhamiri dan Maisara semakin retak.

Kisah cinta mereka semakin tergugat apabila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka hingga sanggup memfitnah Maisara kononnya mengandungkan anak Haniff, adik Dhamiri sendiri. Sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri?

~~~~~~~~~~~

JIKA BUKAN KERANA BINTANG,

SUDAH TENTU DIA TIDAK SANGGUP PERGI SEJAUH INI

-dhieya adlynna-


bacalah novel ini...anda pasti terbuai ke kenangan sewaktu belajar di IPT

dr mula aku membaca....hingga ke akhirnya...

emosiku berubah2....dan mampu membuatkan aku ketawa dan selalu tersenyum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...