Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, September 30, 2020

Semusim Rindu

Kusisip gambar itu

Saat rindu datang

Kutatap wajah itu

Tak mampu kudakap

Tiada lagi bicara

Hanya lisan bisu

Meluah di angin lalu

Kupinjam kekuatanmu

Kugenggam kasih sayangmu

Menjadi teman

Menempuh hari mendatang




Monday, July 13, 2020

Jenis-jenis Air Dalam Islam


Terdapat 5 jenis air iaitu :
AIR MUTLAK
Sifatnya adalah suci lagi menyucika. Air ini boleh digunakan bagi menyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji, sungai dan air embun
AIR MUQAYYAT
Sifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sah digunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, ar buah-buahan dan sebagainya.
AIR MUTANNAJJIS
Air ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
  • Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit.
  • Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah (lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2 kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan.

AIR MUSYAMMAS
Ialah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain dari bekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidak untuk pakaian
AIR MUSTAGHMAL
Ialah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dan sukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untuk bersuci walaupun tidak berubah sifatnya.

Thursday, August 30, 2018

Environmental Pollution & Control

Environmental Pollution & Control....
salah satu subjek fav kak rin...
tiap2 sem akan ajar...
untuk siapa?
pelajar2 tahun akhir Diploma Kej. Awam

student mesti Tanya,
kenapa kena belajar...
Jawapanya: nak jd engineer mesti amik tahu masalah alam, baru kita akan jd org yang bertimbang rasa.... :-)

nak tahu apa kak rin buat dalam kelas?
jom klik LINK INI

Monday, April 2, 2018

Rindu yang tak terucap

21 november 2017
aku kehilangan mama
berat sungguh hati utk memaklumkan pd abah
ketika itu abah masih mendapatkan rawatan di IJN
24 hari mama berehat di hospital batu pahat...
2 minggu koma di icu...
seminggu sahaja kami dapat bertentang mata...
kemudian keadaan mama kembali nazak...
Ya Allah, hanya doa mampu aku kirimkan dari kejauhan...
aku bertugas menjaga abah di IJN...
kuserahkan mama dalam jagaan adikku, Aishah...
Moga Allah membantu kami...

ternya percaturan Allah adalah yg sebaiknye...
xsanggup melihat mama....subuh 21 nov...Aishah call menghantar khabar,
mama sesak nafas...lalu pergi bertemu yg Maha Esa....

3 minggu pemergian mama, baru aku cari kekuatan utk maklumkan pd abah
ketika ini, abah telah lama berada didunianya sendiri...
sejak kene serangan jantung kali kedua, ingatan abah semakin berkurang...
dalam tenangnye, ku khabarkn mama telah pergi...
wajah tuanya, menunjukkan kesedihan...mungkin terkilan tak dapat bersua muka ngan mama buat kali terakhir...
pada adik2, ku khabarkan...kita perlu bersedia utntuk kehilangan abah,
krn cinta abah pada mama terlalu kuat...
sakitnya, rindunye...akan menbawa dia pada mama

21 dis 2017....
selepas isyak, aku menerima panggilan dari hospital,
aku xboleh tunggu abah sbb abah di wad CCU
doktor minta datang ke wad,
sampai shj di wad, yg aku dengar hanya...
CPR 1....CPR 2....
Ya Allah, aku redha...
jika ini takdirmu....
55 hari di hospital, abah kembali ke sisi mama

akhirnye....mereka berdua pergi meninggalkan kami adik beradik...
hati ini rindu...
xpuas lagi berbakti pada mereka...
Moga rohnya tenang di sana...
Moga kita bertemu di syurga nanti

Sayang mama abah sampai ke syurga

Wednesday, August 9, 2017

Penentuan Saiz Sampel

Penentuan saiz sample ini penting bagi menentukan bilangan sample soal selidik yang hendak diedarkan berdasarkan bilangan populasi.

oleh kerana, KAK RIN akan gunakan carta tersebut...
KAK RIN nak share jugak pada kawan2...
mana tahu, ia akan dapat membantu kawan2 pula...

Biasanya untuk menentukan saiz sampel, kita boleh merujuk jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan seperti jadual Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et al. (2001).



Tuesday, September 6, 2016

Kedai Baju Kanak-Kanak

Salam
lama dah Kak Rin xmenulis,
sibuk sedikit...
n3 pun mcm dah bersawang...

sekarang nie Kak Rin sedang usahakan 2 jenis perniagaan

pertama: JUAL GOLD BAR dari Sykt Amethyst



kedua: JUAL BAJU KANAK2


jemputlah singgah ke fb page & blog Kak Rin...
nnti LIKE skali la yek...



kalau berminat boleh pm KAK RIN tau...
0192691301

Tuesday, July 19, 2016

Senarai Projek Kejuruteraan Awam

2 3 hari nie, berusaha Kak Rin menjejak tajuk2 projek kej. awam yang pernah Kak Rin selia...
akhirnya berjaya dikumpulkan...
sejak mula bertugas 6 tahun lepas, lebih kurang 11 projek telah diselia...
tampal kat sini tajuk2 nyer,
manalah tahu boleh jd rujukan untuk org lain....




Thursday, May 19, 2016

Hari Sukan JKA, PSIS (2016)

hari untuk mengurangkan tekanan kerja...
3 unit jadi SATU
DKA+DAS+DSB=JKA

ahli kumpulan 4

bowling kelapa

 dapat hadiah cabutan bertuah


bawa bola pimpong dalam sudu



jalan atas 3 bata


isi air dalam botol guna daun pisang

gambar kenangan ngan sahabat yg akan berpindah ke Poli Merlimau


lambungan kasih
perlukn keyakinan, kepercayaan dan tolak ansur







MOGA UKHUWAH INI SAMPAI KE JANNAH...






Thursday, April 14, 2016

Jalan-jalan ke Ho Chi Minh City

trip PUSPANITA PSIS
25 - 28 Mac 2016

kita kongsi gambar dulu yek....
nnti baru kak rin kongsi pengalaman di HCM....
















Wednesday, May 27, 2015

NOISE POLLUTION


enjoy the video that full of knowledge about noise pollution

Monday, December 8, 2014

Introduction To Civil Engineering Materials


Available to order....
RM19 per book
Contact: 0133985879 (whatsapp @msg)

Monday, November 24, 2014

MAJLIS KONVOKESYEN TASKA PERMATA & TABIKA KEMAS PARLIMEN SABAK BERNAM

MAJLIS KONVOKESYEN TASKA PERMATA & TABIKA KEMAS 
PARLIMEN SABAK BERNAM

Dirasmikan oleh:
YB Tuan Hj. Mohd Fasiah Bin Hj. Mohd Fakeh. PJK, 
Ahli Parlimen Sabak Bernam



GOOD JOB SYNERGY TEAM
perlukan bantuan kami:
0196673710 (Azmi)
0193084384 (Rizal)
0192713077 (Saiful)




Bersama YB Tuan Hj. Mohd Fasiah Bin Hj. Mohd Fakeh dan graduan KEMAS


Penyampaian Cenderahati daripada pihak KEMAS kepada wakil Synergy Team 

Sebahagian daripada tenaga kerja Synergy Team 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...