Aku dan Mr. Hubby memilih sebuah klinik kerajaaan untuk menjalani rawatan. Aku dan Mr. Hubby bertemu dengan seorang doktor untuk mendengar sedikit penerangan mengenai rawatan yang perlu kami lakukan. Menurut doktor, aku perlu menjalani ujian darah berdasarkan history period pain aku yang agak teruk. Manakal Mr. Hubby, hanya perlu menjalani rawatan sekiranya aku tidak bermasalah.
Sebulan berlalu...aku menerima panggilan dari klinik tersebut untuk berjumpa doktor bagi melihat keputusan darah tempoh hari. Hatiku berdebar-debar. Aku & Mr. Hubby pergi ke klinik tersebuat pada keesokan harinya.
"Doktor, bagaimana keputusan darah saya", tanyaku.
"Mmmm, begini puan. Keputusan darah puan menunjukkan puan.........menghidap Hypertyroid."
"Apa kaitannya dengan kesuburan saya doktor?".
"Puan tidak boleh mengandung".
Ya Allah, padaMu aku berserah.....andai itu takdirnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hari nie sekadar buat blog walking...pastu baca komen2...dan terbaca komen Hanim...dia ajak join contest ini...thanks Hanim..
Nak ajak sape yek masuk contest nie....jom buat karangan Hafiz dan Syira
(nak join? klik kat banner nie)