Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, December 2, 2009

RENUNGAN BERSAMA



##
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang
pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita...




##
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. kita tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan
kekecewaan masa silam. ...

##
Semasa kita dilahirkan, kita menangis dan orang di
sekeliling kita tersenyum. Teruskanlah hidup supaya
apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling anda pula yang akan menangis...

##
Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati kita. Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang....

Monday, November 30, 2009

KuHimPUn KeNAngAn



pada angin lalu

kusuarakan rindu

pada gerimis

kutitip sayang

ingin selalu bersama

andai terpisah

aku bisa rebah
kuhimpun semua kenangan
agar aku tabah

agar aku kuat

menyusun langkah

mengejar pelangi indah

Friday, November 20, 2009

hidup ini indah



saat terluka...

pasti ada yang menemani....

saat aku ketawa...

kau jua turut berkongsi....

kehadiranmu buat hidupku ceria....

dan senyuman di bibirku bukan paksaan...

aku ingin terus kau di sisi....

agar hidup ini terus indah....

walau untuk sementara.....

Wednesday, November 11, 2009

kasih ini

salam...
kekasihku....
aku ingin kau memahami....
hanya mendengar nada suara
cukup untuk kau faham...
isi hati ku...
kadangkala....aku terluka....
tp tetap membisu...
saat aku diuji....
ingin sekali kau disisi.....
kerana aku kasih,sayang dan cinta pada mu

Thursday, November 5, 2009

kerana kenangan itu....

aku terus meniti hari
berbekal kenangan itu...
telah jauh aku melangkah....
kenangan itu tetap kemas tersimpan
namun aku sedar...
kenangan itu pasti akan pudar di bawa masa
sampai saatnya...
aku rela lepaskan ia.....
dan belajar hidup bersama cerita baru....

ingin jadi yang terbaik......

.. Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

...Tiada sesuatu yang serupa menjadi boss sendiri dan mengalami kuasa dan kebebasan memiliki perniagaan anda sendiri terutama apabila seseorang telah melakukan semua perkara asas, membiayai struktur permulaan dan menanggung segala risiko untuk anda!"
~David Farlow(pemilik perniagaan eCosway yang berjaya di San Diego, California)

~Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.~

Wednesday, October 21, 2009

kesibukkan ini



salam....

terlalu sibuk perjalanan ini

semakin ku hampiri garisan penamat.....

semakin kurasa bahangnya
aku tabahkan hati....
walau jelas terasa letihnya
kaki terus melangkah...
minda tak berhenti berfikir untuk menjadi yang terbaik....
pada Tuhan kuberpohon...
agar diri ini akan terus tabah menempuhnya.....

Wednesday, October 7, 2009

MUTIARA KATA


Buatlah apa saja kebaikan selagi hayat, biar pun sekadar mengalihkan sebutir batu @ sebatang jarum di jalanan demi keselamatan orang lain

Cinta itu tak datang kalau tak disemai
Rindu itu tak datang kalau tak diukir
Kebahagiaan itu tak datang kalau tak sejiwa

Pengalaman masa lalu adalah guru terbaik bagi meraih peluang menilai keupayaan diri

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri

bEkuNya Air Mata keRana kErasNya haTi,

kErasnya Hati KerAna baNyakNya doSa,

bAnyaKnya doSa kerAna luPakanMatI,

luPakan Mati kErana terLalu ciNtakAn duNia"

PUISI

aku ingin selalu tersenyum
mengutip butir bahagia
untuk rasa yang terbeban
aku tak kuasa untuk terus berfikir
kulontar jauh mengiring waktu
pada detik yang hadir
ku terus anyam kasih
miliki kasih yang diberi
melukis bahagia di wajahku
dan aku tak perlu lagi....
senyum dalam paksa
senyum dalam duka
senyum dalam luka
senyum untuk hiburkan hati mereka

...........................................................................................................................................................


dalam senyum dan hilai tawa...
ada rasa rindu yang tersimpan...
terlalu panjang rasanya perjalanan ini
hatiku terus berlagu riang
mengisi ruang-ruang yang ada
aku ingin tamatkan perjalanan ini
kembali ke sisi yang tersayang

...............................................................................................................................................


kesepian menggamit diri
aku rindukan suaranya
tanpa sentuh....terasa kehangatan kasih sayangnya...
aku rindukan kenangan itu

.............................................................................................................................................

melangkah merentas masa
meninggalkan segala memori
melukis cerita baru.....
kenangan semalam tersimpul rapi
jadi penguat semangat saat hati terluka
sekalipun ku lukis cerita baru...
kenangan semalam terus menghantui
dan aku sedari....
tanpa kenangan itu, aku rebah
kekuatan ku......
kenangan lalu....
kata orang, aku xboleh begini
tapi aku....
hanya aku....
di mana segalanya bermula.....

..............................................................................................................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...